| ENGLISH VERSION |
![]()

Smilax MyosotifloraSmilax myosotiflora atau ‘Ubi Jaga’ (UJ) telah digunakan secara tradisional oleh orang asli dan Melayu sebagai makan tambahan untuk ransangan seks. Ubi Jaga adalah tumbuhan merayap yang tumbuh didalam hutan tropika di Asia Tenggara. Ianya dipercayai boleh membantu pengedaran darah yang sempurna. Secara tradisional ianya digunakan sebagai ubat herbal tradisional untuk menguatkan tenaga lelaki, sebagai tonik untuk menambahkan metabolisma badan. Ia boleh membantu menambahkan keinginan seks, menambahkan sesitiviti, menguatkan kekerasan dan membolehkan lelaki pelbagai umur untuk menikmati seks yang lebih kerap dan lebih lama. Khasiatnya yang lain juga termasuk mengimbangkan mood, membantu tekanan darah yang sehat dan meningkatkan tahap tenaga. Ianya sudah tentu akan membantu didalam perhubungan intim. Sains perubatan kini mula menyedari kebaikan herba tradisional ini. PIPER CUBEBA (Java Pepper)Buku Hikayat Seribu Satu Malam, telah menyebut Piper Cubeba sebagai bahan utama didalam pembikinan ubat perangsang bagi mereka yang kurang subur. Campuran Piper Cubeba telah diberikan kepada Shams-al-Din, seorang pedagang kaya yang tidak mempunyai anak dengan arahan supaya memakan nya dua jam sebelum bersama dengan isterinya. Mengikut hikayat tersebut, pedagang itu berjaya mendapat anak setelah ia mengikut arahan yang diberikan.. Penulis Arab yang lain ada menulis bahawa Piper Cubeba akan membuatkan nafas berbau wangi, menyembuh jangkitan kuman pada pundi kencing dan memakannya akan “menambah kenikmatan ketika mengadakan hubungan intim”. Buku Hikayat Seribu Satu Malam, yang dikarang pada kurun ke9 ada menyebut Piper Cubeba digunakan sebagai penawar kepada ketidaksuburan, ini menunjukan bahawa ianya telah digunakan oleh orang-orang Arab sebagai bahan perubatan. Di India, tulisan Sanskrit ada menyebut tentang Piper Cubeba didalam pelbagai jenis perubatan. Charaka dan Sushruta menggalak pengunaan Cubeba sebagai pencuci mulut dan pengunaan Cubeba untuk kesihatan mulut dan gigi, kehilangan suara, demam dan batuk-batuk. Ahli perubatan Unani pula mengunakan paste Cubeba untuk disapu pada alat sulit lelaki dan wanita untuk menambahkan kelazatan semasa membuat hubungan. Disebabkan oleh khasiat-khasiat yang terdapat didalam Piper Cubeba ini maka ianya juga digelar sebagai “Habb-ul-Uruus”. |


